Arini aku bangun awal. Sebab malam tadi aku tido awal. Pukul 10 kot. Aku pergi kitchen, buat nescafe, update blog and kejap lagi nak siap-siap pergi kerja. Nescafe adalah oksigen untuk aku. Can't live without it. Tak makan satu hari pun takpe. Aku boleh survive dengan nescafe.
Kerja pun part of rutin kehidupan aku. Sebab aku dah terbiasa kerja since aku 16 tahun. Sebenarnya sebelum tu lagi aku dah tergedik-gedik nak kerja. Tapi belum cukup umur. Aku kerja masa cuti sekolah hujung tahun. Masa tu aku tinggal kat Senai, Johor. Kawasan perindustrian. Banyak lah kilang yang nak pakai orang. Aku dan 2 kawan aku, Aty dan Azlin bersama mak Azlin pusing-pusing area kilang yang banyak-banyak tu. Penat jugak lah Azlin nak pujuk mak dia. Mintak izin nak kerja. Kami terus pergi mintak kat kilang. Tanya ada kekosongan tak. Tak payah buat appointment kalau setakat nak jadi operator kilang. Pusing punya pusing kami dapat kat Sinometal Punching Technology. Cuba teka kilang apa?
Kilang besi.
Kilang ni memang desperate nak pakai orang. Mungkin sebab bayaran yang sangat rendah jika nak dibandingkan dengan kilang-kilang lain. RM20 untuk 1 hari. Tapi pada kami sangat-sangat lumayan. Sebab tak pernah dapat duit belanja sekolah sebanyak tu untuk satu hari. Kebetulan waktu tu dah dekat nak raya. Nak cari duit untuk raya!
Encik Ahmad, HR manager kami agak miang. Selepas briefing, dan sebelum kami tandatangan orang-borang penting dia bawak kami pusing-pusing kilang. Kami rasa macam nak menangis. Bukak je pintu nak masuk ke kilang, tiba-tiba kilang berubah suasana menjadi zoo. Pewit-pewit lah. Aku boleh kira dengan jari berapa kerat je perempuan. Perempuan yang ada semuanya makcik-makcik dan aci-aci. Nak menangis sekali lagi bila tengok machine yang bertan-tan beratnya. Dah ada sejarah orang putus jari. Kami berlagak cool lagi. Lepas tu kami dibawa ke department yang agak selesa daripada department lain sebab bilangan kaum hawa yang majoriti. Packing department dan itu lah department aku. Aku terjumpa dengan kawan sekolah aku kat situ. Yusliana nama dia. Dia dah berhenti sekolah masa tingkatan 3. Aku nampak dia aku terus bersemangat nak kerja. Suruh dia riki aku masuk department tu.
Dah habis sesi tawaf menawaf Encik Ahmad tanya lagi. Sanggup ke?
Aku sanggup. Aty dan Azlin pun sanggup sebab aku ada. Encik Ahmad bagitau, tunggu dia call, datang untuk training. Kami pulang hampa. Sebab kalau kena tunggu-tunggu dorang call ni macam tak confirm lah.
Esoknya aku pergi sekolah macam biasa. Dah hujung tahun ni manade cikgu yang nak mengajar. Dah habis exam pun. Tapi aku datang jugak sebab aku bosan dan sekolah pun belum start cuti. Aku balik rumah awal daripada biasa. Mama cakap 2:30 petang kena pergi kilang semalam. Dorang suruh datang training. Aku rasa macam nak terbang.
Aku dapat packing department. Aty dan Azlin dapat department yang kena handle machine yang 2 tan tu. Dan mereka berhenti kerja cukup sifat. Tak putus jari.
Gaji aku?
Aku guna untuk raya. Yuran sekolah dan yuran SPM aku semua ditanggung sendiri oleh aku. Dan since aku dah pandai kerja, aku segan nak mintak duit dengan Mama. Tapi kalau terdesak sangat aku mintak lah.
Okay lah. Aku nak mandi. Nak pergi kerja.
Mwah mwah mwahhhsssss.
12 comments:
anda memang GILA MACHOOOOOOO...
sangat suka si kerja rajen....
sangat rare! kamu..
macam mau conteng PP kamu dengan
kaler megic!
mwah juga.(eh)
YEA.SAYA RAJIN CARI DUIT.
TAPI SAYA LAGI RAJIN BUANG DUIT.
HE HE HE =D
zaini:
siapa kamu?
hahahah!!!
minah kilang..byk lg panggilan yang awk leh tambah ni..
saya tabik ngn awk..
dari mula knl kamu,sy cuba amik smangat kerja kamu utk jadi aspirasi kpd sy utk bekerja dgn lebih kuat
terima kasih.
adakah itu compliment?
ya itu pujian..
takut nak tulis english..
nanti polis english online plak dtg btulkan ejaan.heh
kita kan orang melayu. saya lagi suka berbahasa melayu.
compliment?
Menarik lah cerita ini.Salute you. xD
Bekerja since 16 years old kah?Berdikari ya sis?You inspired me sis (:
Qis:
yea.
inspirasi saya adalah duit.
hahaha.
;)
Post a Comment