Thursday, October 16, 2008

Siapakah Muntah Hijau?

Aku ceritakan pada korang Muntah Hijau imagnasi aku.

Muntah Hijau atau nama sebenarnya Maria Natasha Nabila, atau yang sewaktu dengannya. Seorang gadis cantik yang kaya raya. Daddy dia seorang ahli perniagaan. Bisnes juta-juta. Aku kurang pasti apakah nama syarikat daddy Muntah Hijau. Mungkin Lubuk Emas Holding atau CariGali Holding. Malang sungguh, mummy Muntah Hijau sudah takde. Sebab tu dia amat manja dengan daddy yang jugak berpangkat Datuk. Yea. Daddy beliau Muntah Hijau Datuk.

Kehidupan Muntah Hijau amat sibuk. Lebih-lebih lagi sekarang dia menjadi seorang model yang namanya sebaris dengan Tengku Azura, Nasha Aziz, dan Aleeza Kassim. Dia di dengki oleh kawan baik sendiri. Kekasih hati Muntah Hijau, Rosham dirampas oleh Tina. Tina dengki. Muntah Hijau cukup sifat dan sempurna dan perfect. Dia cantik, kaya-raya, tak payah kerja pun takpe. Dapat boyfriend punyalah hensem dan kaya jugak. Belum cukup? Ada lagi Datuk-datuk dan VVIP yang nak berkenalan dengan Muntah Hijau. Heavennya dunia.

Tapi, walaupun kaya-raya Muntah Hijau hanya shopping di Sogo. Bukan di butik-butik designer. Shopping bag Optimo selalu terlihat di tangan Muntah Hijau apabila beliau dikatakan bershopping ribu-ribu. Optimo, butik pakaian tersebut ada di Plaza Alam Sentral.

Muntah Hijau tidak lama selepas itu, jatuh sakit. Taktau sakit apa. Frust agaknya. Boyfriend kena rampas dengan kawan baik. Kebetulan, doktor yang merawatnya tu setanding dengan kehensemannya Rosham, exboyfriend Muntah Hijau. Mereka kahwin. Habis cerita.




ATAU
Muntah Hijau atau nama sebenarnya Nurul Munirah binti Muslim. Anak sulong dari sepuluh orang adik-beradik. Umurnya 15 tahun. Ayah dah takde. Mak dia jual kuih je. Selalu jugak dia terkantoi paper sebab tak cukup masa untuk belajar dan buat kerja sekolah. Tahun ni Muntah Hijau PMR.
Muntah Hijau tinggal di Kampung Jeruk Masam yang jauh terpinggir dari kota. Coverage Maxis
memang confirm takde la kat situ. Apa lagi DiGi. Internet? Apakah itu? Sejenis makanan kah?
Apa yang memelikkan lagi adalah, Muntah Hijau amat fluent berbahasa Inggeris. Terer BI
seyh..! Siap jadi tutor kawan-kawan kat sekolah. Kan aku dah cakap, Muntah Hijau ni otai. Mak dia cakap Melayu je kat rumah. Kawan-kawan kat sekolah pun cakap Melayu. Cemana dia fluent English? Korang tanya sendiri.
Muntah Hijau suka muzik. Dia lah otai muzik semua genre. Aku kurang pasti dari mana dia dapat dengar lagu band-band baru dan band-band lama. Dari radio kah? Siap boleh bagi komen kat muzik-muzik baru yang baru nak di eksperimen. Dia sangat perahsia. So, tak dapat lah aku nak korek-korek dari dia.
Nak dijadikan cerita, kehebatan Muntah Hijau menjadikan dia amat influential dan ramai kawan. Semua orang pompuan nak kawan dengan dia. Dan semua orang lelaki nak jadi boyfriend dia. Kekasih gelap pun okay. Tak kisah. Heh. Disebabkan terlalu syok, Muntah Hijau failed PMR. Dia disuruh emaknya supaya berhenti sekolah sahaja. Akur dengan keputusan emak, Muntah Hijau berhenti sekolah dan duduk rumah je jaga adik-adik.
Cukup umur 18 tahun, Muntah Hijau di kahwinkan dengan anak Pak Aji yang duduk kat belakang rumah. Sebab mak Mak Muntah Hijau terlalu banyak terhutang budi dengan Pak Aji tersebut. Anak Pak Aji, Leman yang baru balik dari Jordan memang dah lama berkenan kat Muntah Hijau. Sejak dari mereka main kahwin-kahwin kat bawah rumah sama-sama. Masa tu Muntah Hijau baru berumur 6 tahun dan Leman dah 16 tahun.
Cerita di atas takde kena mengena dengan sesiapa. Rekaan semata-mata.Jangan percaya.
Isi terlebih:
Aku benci betul tengok Fasha Sandha buat muka innocent. Macam tengah high rupanya. So not her...

6 comments:

jot said...

ko memang layak bercerita..
paling best imegine ko boley buat orang koma

ataupun...

lumpuh separuh badan oke!

gila jahat mana ko dapat nie?

M H said...

aku tengah senggugut
idea kuar setakat tu je.


senggugut lagi:(

jot said...

hahaha...

tadi kat tempat keje aku terpikir...
aku rasa MUNTAH HIJAU tu asal kat australia la...

pastu umo semilan taun mak dia kasi kat orang melayu,

tu pasal kat kg dia tadapat line maxis mahupun digi...juga satu faktor beliau fluent BI oke...

mungkin....

M H said...

mungkin.
saya bercerita ttg kesilapan dlm cerita melayu kita sekarang.dan cerita melayu yang typical.
huhu=P

shashe said...

hahahaha
cita beg optimo tuh mcm penah dgr je..heh
apsal kedua2 muntah hijau ni ending kawin je..ending cara lain tade ke??ke tgh tgk cita kawin2..hehehe fasha sandha suka peluk org time tgh high kat kalabu malami

M H said...

ha'ah.malas nak buat ending mati.sebab slalunya cite yusof haslam ending kawin.hehe.