Aku teringat masa aku darjah 1.
Sekolah Kebangsaan Teruntum. Kat tengah-tengah bandar Kuantan. Sekolah yang agak besar. Ada klinik gigi sendiri. Kalau kat sekolah lain dentist datang sekali-sekala. Kat sekolah ni anytime aku akan kena panggil cabut gigi.
Aku ingat lagi, aku kelas 1 Seroja. Kawan baik aku Fadzlon. Sorang lagi budak laki, Mohd Kazuki kot nama dia. Mixed Jepun dan Melayu. Masa kat sekolah dulu cikgu susun meja ikut kumpulan. Paling tak best, kumpulan tu cikgu bahagikan dari kumpulan budak-budak terpandai ke budak-budak yang kurang pandai.
Aku dapat kumpulan budak-budak average. Kira aku tak pandai, tak bodoh. Ketua kelas aku masa tu nama dia Yang Azizah. Budak kumpulan A. Aku harap sangat dapat jumpa dia. Nak tau apa yang dia buat sekarang. Dulu-dulu kalau cikgu takde pergi meeting, Yang Azizah ni lah yang jaga kelas. Sape-sape yang buat bising, dia akan tulis nama kat papan hitam. Siapa yang namanya tertulis kat papan hitam secara automatik akan diam serta merta. Sebab kalau dia bising sekali lagi, nama dia akan ditulis dua kali. Dua kali maknanya punishment berganda.
Kelas 1 Seroja masa tu kelas pertama. So, budak-budak kelas aku semua baik-baik. Tak nakal pun. Semua takut nama kena tulis kat papan hitam.
Kawan aku Kazuki ni suka melawak. Fadzlon ni pulak suka gelak. Dorang gelak, aku ikut gelak sekali lah. Ada satu hari tu Kazuki melawak letak pencil color dalam lubang hidung dia. Tergelak besar aku dan Fadzlon. Yang Azizah pun dengan seronoknya tulis nama kitorang bertiga besar-besar kat papan hitam. Kali ni aku biarkan aje. Sebab kalau nak nama dipadam, kita mesti pura-pura nangis. Kena cium meja tu lama-lama, sambil lengan tutup muka. Kalau boleh sampai mata berair. Nanti Yang Azizah takut, dia padam lah nama kita. Sebelum tu aku selalu lah pakai trick nangis-nangis. Tiba-tiba hari tu jadi malas.
Seperti biasa, habis meeting cikgu akan tengok nama siapa yang ada kat papan hitam. Nama siapa yang tertera akan dirotan di tapak tangan. Ketuk ketampi sepuluh kali. Apa sangat lah denda macam tu. Setakat rasa penat dan sakit sikit je. Tapi perasaan malu kat budak-budak lain lah. Dorang boleh diam. Kami tak boleh. Nakal betul kami!
Apepun aku seronok sangat jadi budak darjah 1. Aku selalu rembat minyak wangi Mama. Sembur satu badan. Pernah cikgu tegur. Mungkin overdose sampai dia pening.
"Siapa pakai minyak wangi nih?"
"Saya, saya cikgu!!!"
9 comments:
malangnya..terpaksa pg tgk syair pujangga di ampang. huhu buleh la pulak buat satu tarikh.
minyak wangi pompuan ape best skang?
lagi malang.aku kekeringan RM.terpaksa kerja.semua tak bleh pegi.
ntah.
aku suka CK in2u.
mari aku belanja..hee
ko nak belanja ape ni?
makan ke CK IN2U?
he he he =P
wa kena rotan pkai pembaris besar kaler kuning...langsung tak sakit
ha'ah.
betul betul betul!
=D
gila lawak fadzlon tuh...
xleh duduk senyap..haahha
hukuman jalan itik takde ke??
owh.ha'ah.
ada jugak.tapi tak ingat bila.
awak dila emiza ke?
Post a Comment