Hoyeahhhh!!!
Assignment untuk hari ni dah siap. Esok punya assignment kita cerita lain. Malam ni baru buat. Baru lah fresh. Kan? Heh.
Aku nak citer ni.. Pasal budak-budak zaman sekarang yang konon-kononnya goth. Pakai serba hitam, stokin belang-belang, rambut yang konon-kononnya emo. Eyeliner, studed belt semua cukup!
Kejadian ni berlaku masa aku part time kat Simple Nasi Lemak. Ada lah segerombolan kaum-kaum ni datang. Memang tempat aku kerja ni dah jadi port lalu lalang dan tempat makan dorang. Sebabnya dorang ni aku agak duduk kat area felda-felda kat Kuantan nih. Stesen bus area belah-belah sana kat Sungai Kita. So, kalau dorang nak pergi Megamall kena lah lalu kat depan Simple ni dulu.
Outlet Simple tempat aku keje ni menggunakan konsep layan diri. Aku masa tu jaga area kitchen. Customer yang datang kena lalu kitchen dulu, order makan. Pastu baru order air dan seterusnya ke kaunter bayaran.
Ada sorang budak lelaki yang konon-kononnya "into the scene" ni datang order nasi lemak. Memang ganas. Aku pun takut nak jeling atau pandang dua kali. Takut kena libas dengan tali pinggang yang berpaku-paku tu. Dia bagi bahasa isyarat je. Aku buat-buat paham. Bagi dia nasi lemak. Dia ambik terus pergi kaunter air pulak. Kat kaunter air pun sama. Bergayut lagi. Lagak macam tengah deal bisnes juta-juta. Sampai kat kaunter bayaran, dia buat-buat sibuk raba poket. Cari beg duit kot. Henpon kat telinga lagi.
Cashier yang selalu kena tipu dengan customer pun bagi dia pilihan. Bukan apa, dah selalu jadi kes makan taknak bayar. Cashier tu cakap, kalau nak makan, tingal henpon kat situ. Pastu pegi cari beg duit yang hilang tu. Dah bayar baru dapat henpon balik.
Dia letak HOUSING henpon kat kaunter. Pastu blah sebab malu.
Apa cerita ni bai?!!
Lu gila ke cakap ngan housing?!!!!
5 comments:
emosi yang melimpah ruah seperti kuah sambal nasik lemak simple
simple tu first met kita.jangan lupa tu.heh.
p.s-tapi masa tu ko tak emosi.dun bother abt wht ppl said abt u.mereka dengki sebab kita happy.
barangkali saya harus menjauhkan emosi dari pinggan nasik lemak itu..
pasti tida lupa first met jumpa kamu..haha!sila tambah nasik lemak lagi....
hah??
bkn ckp gune hp?
konon de gaye la ekk?
hahaha!
ezaty:
yea.cakap pakai housing.saya tak tipu.manusia gila bila terdesak.
Post a Comment