Tuesday, October 14, 2008

Curi Durian

Tok Melah. Nenek aku. Tahun lepas punya gambar. Bersopan betul dia duduk.


Ini cerita pengalaman aku 3 beradik curi durian.


Masa tu aku kat kampung, Kampung Sungai Charu, Panching. Aku dah darjah 6. Adik aku Dura darjah 5 dan Am darjah 4. Pandai tak mak bapak aku plan?? Heh.

Aku suka kampung. Peace. Hari tu,Tok (Melah) suruh kami 3 beradik ni cari segala macam daun untuk di buat bubur lambuk. Macam biasa, kami akan list semua nama daun dan jalan 1 kampung cari daun-daun tersebut. Aku pun dah lupa apa nama-nama daun tu. Dan aku pun tak kenal. Tok pesan, daun kaduk mintak kat rumah Mok Wan, bunga kantan kat rumah.... bla bla bla. Tak payah beli kan?

Setelah pulang bersama daun-daun tersebut, Tok terlupa pesan daun yang paling penting. Pucuk paku. Pucuk paku tak payah mintak kat rumah orang. Cari aje kat kebun-kebun getah. Kami pun keluar semula. Kali ni kami nak tukar plan sikit. Tiba-tiba rasa macam nak mandi sungai.

Kami pergi kebun getah Mok Long. Nampak anak dia Syawal tengah kutip susu getah. Takde pucuk paku kat sini. Kami jalan lagi. Kali ni kami tiba di sebuah kebun durian. Aku nampak bersepah buah durian yang belum masak kat bawah pokok. Mesti sebelum ni ada yang datang teruja nak makan durian sampai sanggup pergi cantas dari pokok. Kepada sesiapa yang tak tahu, durian yang masak akan gugur sendiri.

Kami dah bosan cari pucuk paku. Lebih baik kami mandi sungai dan balik tangan kosong. Macam lah kat kedai takde jual pucuk paku. Kedai Ah Meng kat Panching tu, nak beli hutang pun boleh.

Belum sempat kami melangkah, aku terdengar bunyi durian gugur? Dura dan Am teruja. Berlari kearah bunyi itu. Dapat sebiji. Cukup lah. "Kita ambik durian ni makan kat sungai. Bukan orang tahu pun" aku bagi cadangan. Semua setuju.

Kebetulan masa tu hujan renyai-renyai. Kami berteduh di sebuah pondok. Pondok ni tempat orang tunggu durian gugur. Macam mana nak makan durian? Mesti kena ada parang atau pisau yang besar. Am dan Dura pusing keliling pondok. Tak lama kemudian Am datang dengan bilah mesin rumput. Kami memang expert bukak durian. Sebab Tok Ki(atuk aku) bisnes jual durian. Cuma tahun tu dia tak meniaga. Akhirnya hari tu, kami dapat makan sebiji. Tapi habis kat pondok tu jugak. Plan asal nak makan kat sungai.

Hujan berhenti. Kami cuba nak ingat balik jalan nak ke sungai tu. Dah ingat. Bila kami turun aje dari pondok, kami dengar bunyi durian gugur sana sini. Kami teruja. Kalau tak ambik rugi. Nanti busuk macam tu aje. Macam biasa. Dura dan Am sibuk kejar durian. Dan aku jaga durian yang mereka kutip tu.

Siapa pernah rasa durian yang sebijik tu jatuh atas kaki?

Aku. Sakit amat. Tapi bila mengenangkan rasa buah durian, aku sanggup. Buat-buat tak rasa apa-apa walaupun kaki aku dah mula berdarah. Dalam 20 minit, kami dapat 15 biji durian. 16 biji termasuk 1 yang kami dah makan tadi. "Amacam, plan kita nak mandi sungai tadi jadi tak?"

Kami balik semula ke pondok. Ikat buah-buah durian tesebut dengan tali rafia. Masing-masing bawak 5 biji. Kami jalan balik rumah.

"Mana pucuk paku??!!!" Melah marah. Bising-bising. Berleter panjang-panjang.

Dia tak jadi masak bubur lambuk. Petang tu dia masak bubur kacang letak durian.

10 comments:

jot said...

oh! barangkalipernah jumpa bukan di rumah beliau....

kan kan kan cik?

sangat rendu oke suasana kampong
kamu,sangat rehat dan tenang!!!

uh!mau kesana nanti lagi....

M H said...

yea.
raya tahun lepas.
nnt kamu datang lagi yea.

prejudis said...

melah sila panggung

M H said...

prejudis:

dia senang hati

fadzil hafiz said...

melah tak tanya ke ko rembat durian tu kt kebun siapa??haha...

neway, aku mmg dak ktn...
gua duduk kt cenderawasih...tau x?
lu org panching ek?air terjun sg pandan mmg syok...

M H said...

cenderawasih?makcik gua duduk situ.lu lorong brp?

kampong kat panching.rumah famili gua kat jb.gua kan nomad...

jot said...

alamak... :)

ini da macam kontan punya port je...

sila lepak reramai di sini...

kubo cina kat atas bukit tu ala yang cantek tu boley ajak lepak2 borak2 ngan kontanisme sekalian...

M H said...

darwis:

yea.aku tgh kumpol komuniti budak kuantan kat sini.

he he he
=P

shashe said...

tu laa kamu yang...
mak melah suh cari daun utk dia masak kamu cari durian..kan dah kena durian atas kaki..hehhehe
tapi mmg rezeki mau adik bradik laa gila byk tul jatuh2..
mak melah mmg otai dgn posing tersendiri!!

M H said...

melah yang duduk tak sopan atau saya tersengaja snap gambar dia duduk macam tu?heh.