Tanggungjawab seorang promoter al-ikhsan ni amatlah mencabar. Lebih-lebih lagi sekarang, dan sampailah nak habis Ramadhan nanti. Customer teramat lah ramai. Kata orang memang tak menang tangan. Rasa macam nak kaki kan mereka-mereka yang banyak songeh ni pun ada.
Nak dijadikan cerita(cerita betul nih), malam semalam dalam pukul 9.15 macam tu aku terpaksa served dua orang mamat ni. Aku tak tau lah ape relationship mereka. Kawan baik, adik beradik, atau life partner? Eh, ada ke rempit gay? Hahaha. Kerana aku study cara pemakaian mereka (levis uptown yang cerut dan singkat, dan rantai silver yang labuh mengurai)
"Dik, kasut ni ada saiz 7 tak?" tanya rempit 1
"Tak ada la bang. Saiz 8 paling kecik and kasut-kasut display semua saiz paling kecik yang kami ada. Lagi kecik semua dah habis" aku balas.
"Okay lah. Nak try saiz 8 lah" jawab rempit 1 dan aku pun bagi kat dia kasut yang dah tersedia ada kat shoe tray tu.
"Dik, yang ni ada saiz 7 tak?" tanya rempit 2 pulak.
"Tak ada lah bang. Yang ni pun saiz 8 paling kecik" aku ulang balik dialog tadi.
"Bagi saya try saiz 8" rempit 2 jawab
"Dik, saiz 9 ada tak?" rempit 1 bersuara. Kelihatan kasut saiz 8 yang disarung tu agat padat dan ketat.
"Saiz kaki sendiri pun tak tau. Nasib baik saiz 7 tadi takde" jawab aku dalam hati.
"Bang, cuba abang try saiz 8 1/2 ni dulu" aku jawab lagi.
Rempit 1 try. Ngam. Dan dia pun bersuara "Dik, nak try yang belah kanan pulak".
Sambil menjerit kepada storeboy aku mencarut di dalam hati lagi "Kalau kaki tu ada 10, 10 belah kaki la ko nak try"
"Zahid, Oracle Str saiz 8 setengah!!!"
Aku pun dengan sopan menghulurkan kasut belah kanan tu kepada rempit 1.
Lantas rempit 2 pun nak saiz yang sama. Kasut yang sama, tapi warna jalur Adidas tu je yang lain.
"Zahid, Oracle Str biru saiz 8 setengah!!!"
Belum sempat aku nak hulur kasut tu, rempit 2 dah tukar fikiran. Dia nak Stan Smith pulak. Dengan bilangan customer lain yang agak ramai, aku buat-buat pekak je. Aku hulur jugak Oracle Str tu. "Dia ingat aku nak kena serve dia je ke?" dalam hati lagi
Kerana tak di layan, rempit 2 pun ambik jugak lah Oracle Str tu. Aku pun packed dua-dua pasang kasut tu dan letak kat kaunter. Mereka pun tawaf satu kedai "usha" barang lain.
Aku pun pusing balik tempat dorang pilih kasut tadi agak naik hantu bila tengok kasut-kasut yang rempits tadi try tak disimpan balik. Bersepah kat lantai.
"Kalau rempit tu rempit jugak lah!! Takde sivik langsung" aku membebel sorang-sorang.
Tiba-tiba kaki aku tersalah urat. Tak boleh nak berdiri pun ape lagi nak berjalan, berlari dan melompat.
Kawan-kawan, ini lah balasannya kalo tak ikhlas buat kerja. Ko nak keje ke tak nak Dilla?!!!
No comments:
Post a Comment