Thursday, October 30, 2008

Congrats Untuk Mereka!

Tahniah yang melampau-lampau aku kepada orang-orang berikut:

1. Shashe
-kerja baru.
pada 28 Oct 2008.
-life baru.*dah jauh. Sepang.

2. Jot
-life baru.
pada 30 Oct 2008. *kita dah seumur. lol.
-kekaseh baru. *takmau bagitau. kecik hati.

3. Maidin
-baru bertunang.
pada 25 Oct 2008.*tahniah untuk Shikin juga.

4. Al Traboy
-baru menghabiskan zaman bujang.
pada 5 Oct 2008.*tahniah untuk Ima juga.

5. Kamal Fasha
-dapat kerja baru jugak.*jadi pengapit pengantin baru.

Sunday, October 19, 2008

Ingat tak masa sekolah dulu-dulu?

Aku teringat masa aku darjah 1.

Sekolah Kebangsaan Teruntum. Kat tengah-tengah bandar Kuantan. Sekolah yang agak besar. Ada klinik gigi sendiri. Kalau kat sekolah lain dentist datang sekali-sekala. Kat sekolah ni anytime aku akan kena panggil cabut gigi.

Aku ingat lagi, aku kelas 1 Seroja. Kawan baik aku Fadzlon. Sorang lagi budak laki, Mohd Kazuki kot nama dia. Mixed Jepun dan Melayu. Masa kat sekolah dulu cikgu susun meja ikut kumpulan. Paling tak best, kumpulan tu cikgu bahagikan dari kumpulan budak-budak terpandai ke budak-budak yang kurang pandai.

Aku dapat kumpulan budak-budak average. Kira aku tak pandai, tak bodoh. Ketua kelas aku masa tu nama dia Yang Azizah. Budak kumpulan A. Aku harap sangat dapat jumpa dia. Nak tau apa yang dia buat sekarang. Dulu-dulu kalau cikgu takde pergi meeting, Yang Azizah ni lah yang jaga kelas. Sape-sape yang buat bising, dia akan tulis nama kat papan hitam. Siapa yang namanya tertulis kat papan hitam secara automatik akan diam serta merta. Sebab kalau dia bising sekali lagi, nama dia akan ditulis dua kali. Dua kali maknanya punishment berganda.

Kelas 1 Seroja masa tu kelas pertama. So, budak-budak kelas aku semua baik-baik. Tak nakal pun. Semua takut nama kena tulis kat papan hitam.

Kawan aku Kazuki ni suka melawak. Fadzlon ni pulak suka gelak. Dorang gelak, aku ikut gelak sekali lah. Ada satu hari tu Kazuki melawak letak pencil color dalam lubang hidung dia. Tergelak besar aku dan Fadzlon. Yang Azizah pun dengan seronoknya tulis nama kitorang bertiga besar-besar kat papan hitam. Kali ni aku biarkan aje. Sebab kalau nak nama dipadam, kita mesti pura-pura nangis. Kena cium meja tu lama-lama, sambil lengan tutup muka. Kalau boleh sampai mata berair. Nanti Yang Azizah takut, dia padam lah nama kita. Sebelum tu aku selalu lah pakai trick nangis-nangis. Tiba-tiba hari tu jadi malas.

Seperti biasa, habis meeting cikgu akan tengok nama siapa yang ada kat papan hitam. Nama siapa yang tertera akan dirotan di tapak tangan. Ketuk ketampi sepuluh kali. Apa sangat lah denda macam tu. Setakat rasa penat dan sakit sikit je. Tapi perasaan malu kat budak-budak lain lah. Dorang boleh diam. Kami tak boleh. Nakal betul kami!

Apepun aku seronok sangat jadi budak darjah 1. Aku selalu rembat minyak wangi Mama. Sembur satu badan. Pernah cikgu tegur. Mungkin overdose sampai dia pening.

"Siapa pakai minyak wangi nih?"
"Saya, saya cikgu!!!"

Friday, October 17, 2008

Pecah Dara : Bukti Cinta

Semalam, housemate aku bukak TV3. Dia memang suka tengok Wanita Hari Ini.
Topik semalam adalah seperti tajuk di atas. Pecah Dara Bukti Cinta.

Aku takde nak komen apa-apa sangat. Sebab Mak aku dah bagi 100% trust kat aku. Dan mak aku pun pernah pesan, jangan cerita benda yang tak elok tentang orang lain. Nanti terkena pada kita balik. What goes around, comes around. Tapi topik semalam memang macam perbualan antara perents yang rasa isu pecah dara ni masih baru. Pendek kata, topik tersebut adalah untuk parents yang naive. Apa kata kalau tukar topik cemana nak naikkan self confidence orang mengalami unwanted pregnancy? Atau topik one night stand?

Kita sebagai anak-anak muda ni dah rasa benda tu sendiri mau ingat. Pandai makan, pandai simpan. Sebelum buat apa-apa, bayangkan muka mak bapak. Kalau dah terbuat tu jangan nak jaja cerita kat kawan-kawan. Have some respect dan sedikit privacy untuk diri sendiri. Dan kita tak perlu judge orang just sebab social life dia yang sangat teruk. Aku ada kawan macam ni. Jaja cerita orang sana-sini. Diam-diam tak lama lepas tu dia pun sama. Dia bagi alasan," aku cuba jadi diri sendiri. Bila dengan boyfriend aku rasa macam diri sendiri". Wtf! Tak make sense langsung.

Isu agama? Aku rasa walau macam mana kuat pun iman, boleh ditembusi nafsu jugak. Sebab nafsu lebih superior. Haha. So, apa yang aku buat? Aku fikir untuk jangka masa panjang. First thing aku fikir, Mama. Lepas-lepas tu benda lain will follow. Walaupun aku bercampur gaul dengan bermacam jenis orang. Aku masih lagi aku. Aku balik rumah, Mama still kenal aku lagi.


Aku bukan perempuan yang bila nak balik kampung baru nak sarung tudung. Hahahahaha!


Nasi tambah:
Entri ini adalah pandangan aku sahaja.